Pilihan Bahasa   

MY
                              

Warisan Dunia

Bahagian Warisan Dunia diwujudkan untuk memartabatkan dan mengetengahkan khazanah warisan negara ke persada antarabangsa. Bahagian ini merangkumi dua (2) Cawangan iaitu Cawangan Perancangan Strategik dan Cawangan Jaringan Antarabangsa. Cawangan Perancangan Strategik antaranya berperanan mengurus dan menyelaras hal ehwal berkaitan jawapan dan input Parlimen (Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri), Jemaah Menteri (Nota dan Memorandum), menyediakan maklumat, input dan maklumbalas Jabatan Warisan Negara yang diperlukan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta lain-lain urusan yang berkaitan.

Cawangan Jaringan Antrabangsa bertanggungjawab antaranya menyedia, mengurus dan menyelaras hal berkaitan warisan yang melibatkan pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO termasuklah urusan pencalonan, pelobian, melaksanakan program kesedaran warisan dalam dan luar negara, memberikan maklumbalas dan input berkaitan isu hubungan dua hala dan pelbagai hala serta organisasi antarabangsa seperti ISESCO (Islamic Education, Scientific and Culture Organization), ICCROM ( International Centre for the Study of Preservation and Restoration of Cultural Properties), ASEAN (Association of South Asian Nations) dan sebagainya.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Ikuti Kami di Sosial Media

Income Tax Planning

    View Service